Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik. Lima teknik tersebut ialah:
Postur
Embouchure
Penglidahan
Pernafasan
Penjarian
Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik
Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.
Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.
TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN
Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Untuk not tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’. Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup. Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.
TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN
Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.
Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.
Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.
RENGIT - SYURGA BAGI PEMBURU BARANGAN TERPAKAI & PERABOT JATI - SIRI PEMBURU BARANGAN TERPAKAI -Ep1
Satu kampung menjadi premis jualan. Melangkah masuk dari pintu gerbang hingga ke hujung kampung, kiri kanan jalan menyajikan pemandangan syurga membeli belah bagi mereka yang mahukan sesuatu pada harga termurah.
Rambang mata jadinya apabila melihat ke kiri dan kanan jalan masuk ke Kampung Bumiputera Dalam di Rengit, Batu Pahat, kerana pelbagai barangan daripada bersaiz kecil sehingga sebesar peti sejuk dua pintu, semuanya adalah barang terpakai.
Pendek kata, mahu beli apa saja, jika pandai membelek dan bersabar menjengah ke satu demi satu rumah atau kedai yang ada dan kena pula dengan tuahnya, apa dicari pasti ada di sana. Itulah dia Pasar Karat Rengit.
Sepanjang hari, jalan masuk ke kampung itu sentiasa sibuk dengan pelanggan dari seluruh negara, malah kelihatan banyak lori keluar masuk kerana ramai juga yang datang membeli secara borong barangan terpakai yang dibawa masuk dari Singapura itu untuk dijual semula di tempat mereka.
Paling menarik perhatian ialah banyak barangan elektrik berjenama terkemuka menjadi produk utama yang dijual, selain perabot, barang permainan dan perhiasan rumah, malah ada juga yang menjual pakaian terpakai berkonsepkan 'bundle'.
Konsep jualan di kampung itu yang terletak 38 kilometer (km) dari bandar Batu Pahat atau 38.7 km dari Pontian sudah dimulakan sejak 30 tahun lalu, kini semakin meluas hingga ke kampung bersebelahannya.
Jika dicongak, ada lebih 65 gerai jualan di kampung berkenaan dengan barangannya hanya dilonggokkan di hadapan rumah bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan.
Kampung yang dibuka kira-kira 100 tahun lalu itu dan dihuni lebih 550 penduduk dalam kalangan masyarakat Orang Asli ini, menjual pelbagai barangan terpakai yang diperoleh dari negara jiran, Singapura.
Apa yang menariknya, barangan yang terjual mempunyai kualiti tersendiri terutama perabotnya biarpun ia bukan baharu.
Malah, pemborong barangan terpakai dari seluruh negara, termasuk Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Langkawi, Kedah, menjadikan kampung ini pusat bagi mendapatkan bekalan mereka.
Sebuah peti sejuk dua pintu dengan ketinggian dua meter dan lebar sekitar 80 sentimeter (cm) berharga RM4,000 (harga baharu) dijual pada sekitar RM750 hingga RM1,500 bergantung pada berapa tahun barangan itu sudah digunakan.
"Jika bergantung hanya pada hasil laut, ia tidak menentu. Apabila musim tengkujuh, tidak boleh turun ke laut, hasil akan berkurang," katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan masih ada sebahagian penduduk turun ke laut untuk mencari hasil laut untuk dibuat ikan kering, sebelum dijual kepada peraih.
Credit to BERITA HARIAN ONLINE - Mac 15, 2015 @ 12:03am
hits counter
SEPANJANG JALAN KENANGAN - TETTY KADI (COVER BY CIKGU WANDY) VERSI UKULELE